Sunday, 21 July 2019

BUANG 7 APPS INI JIKA PERNAH DOWNLOAD





Pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM) telah mengongsi  senarai apps yang berbahaya kepada privasi dan keselamatan data kita  yang didapati melalui Avast Blog .

Menurut Jeff Elder dari Avast Blog , penyelidik ancaman telefon ( mobile threat researchers ) mereka telah mengenal pasti 7 aplikasi di Google Play Store yang membolehkan individu mengintip pekerja dan keluarga mereka. Aplikasi-aplikasi ini dicipta oleh pembangun ( developer) dari Rusia .

Kesemua aplikasi ini telah dilaporkan ke pihak Google dan telah dipadam namun aplikasi-aplikasi ini telah dimuat turun sebanyak 130,000 kali dengan SMS Tracker dan Spy Tracker mempunyai nilai muat turun yang paling banyak iaitu masing-masing lebih daripada 50,000 muat turun.  

Mengapa aplikasi-aplikasi ini bahaya?

  • -         Menjejak lokasi pengguna
  • -         Menjejak log panggilan
  • -         Senarai nombor telefon
  • -         Melihat sejarah mesej dan pangilan


Berdasarkan dapatan ini, jelaslah aplikasi-aplikasi ini boleh disalah gunakan oleh individu yang tidak bertaggungjawab contohnya seperti majikan  dan stalkers untuk mengintip mangsa mereka.

Pihak Avast mengenalpasti aplikasi -aplikasi ini menggunakan Avast’s mobile threat detection platform iaitu apklab.io.
Oleh itu , mereka mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi ini sebagai stalkerware iaitu aplikasi yang dicipta untuk mengintip .

7 aplikasi ini ialah :

·         Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
·         Spy Kids Tracker
·         Phone Cell Tracker
·         Mobile Tracking
·         Spy Tracker
·         SMS Tracker
·         Employee Work Spy 


Avast Blog juga mengongsi  description tiga aplikasi yang terlibat. 


SMS Tracker – Apps on Google Play
“Our app will help you monitor work time of your employees to save time and save money. Notify the users of work phones that you are going to install the app. It will teach your employees to use their time at work wisely, to reduce time spent on messengers and arrive to work in time.” 
Spy Tracker - Apps on Google Play
“Find out more about your child’s life, interests, friends and plans. Parents are responsible for every step that their kids make. So this app is created to monitor them and protect them from dangers that can be revealed via cell phone. It is better to talk to children, but if you are not a good listener…”

Employee Work Spy - Apps on Google Play

“Finding a skilled employee is only half a task. The biggest challenge is to keep him faithful to the company and its mission. A lot of employees may be just skipping work during work hours. People usually spy on kids, but employees need a strict control too.”



Continue Reading...

Sunday, 7 July 2019

algorithm design ( flowchart dan pseudocode)


Algorithm design

Flowchart
Flowchart ni lebih kepada graphic representation  of algorithm dimana kita guna bentuk- bentuk untuk mewakili operasi yang dibuat.

Antara bentuk yang digunakan ialah :

Oval à  mula ( wajib guna simbol ni mula-mula sekali )

Line à connector untuk tunjukkan hubungan antara simbol. simbol . ia juga untuk buat kita senang faham kemana operasi seterusnya pergi.

Parallelogram à untuk masukkan input atau output .
                             Input = data yang ingin dimasukkan.
                                      Contoh : radius dan height
                             Output = data yang telah diproses
                                      Contoh : volume

Rectangle à process dimana selalunya kita letakkan formula disini
                             Contoh : volume = pie *radius* radius * height
Ini bermakna jawapan atau hasil  kepada radius *height tu kita  assigned dalam volume . kita baca dari kanan ke kiri

Diamond à dimana kita letak condition atau syarat untuk jadikan
condition itu true or false . biasanya kita guna diamond ni bila ada loop atau if else statement.

Contoh








Pseudocode

Pseudocode ni guna ayat English- like yang hampir sama dengan coding .

Contoh :

Start
Print “enter radius (cm) : “
Read radius
Print “enter height (cm) : “
Read height
Pie = 3.142
Volume = pie * radius *radius* height
If (volume >0)
          Print “the volume is : “,volume
Else
          Print “volume is negative”

End




So sebaiknya sebelum kita start buat coding… kita kena faham dan design dulu salah satu daripada dua ni untuk kita senang faham flow program kita. Jadi senang kita nak buat coding.

Personally I suka buat pseudocode sebab tak renyah nak lukis simbol-simbol ni cuma kalau masalah yang panjang..lagi mudah untuk guna flowchart sebab senang kita nak trace apa yang berlaku ..lagipun kita boleh guna software macam raptor untuk buat flowchart.

Susah untuk kita terus buat coding jika tiada arah tuju. Algorithm design ini berfungsi untuk menjadi guideline kepada kita supaya tidak tersasar .

Jadi inilah serba sedikit tentang pseudocode dan flowchart untuk pengetahuan semu. Ini baru sikit… banyak lagi kita boleh belajar , dekat youtube pun banyak juga video-video yang mudah difahami.

Yang penting anggap la programming is fun !! 

#include <stdio.h>
Void main ()
{
          Printf (“PROGRAMMING IS FUN !!“) ;
}



Continue Reading...

Progrmming senang ke susah?




Untuk pengetahuan uall… I adalah seorang pelajar course Information Technology ( IT) so I ada belajar programming sem ni dan sem-sem yang seterusnya huhuhu .

Sebelum tu jom kita kenal apa itu programming.

Kalau ikut Wikipedia… programming is the process of designing and building an executable computer program for accomplishing a specific computing task.

Maksudnya di sini kita kena guna programming untuk design dan  buat program berkomputer yang boleh digunakan untuk sesuatu tugas . contohnya macam kalkulator kira zakat.

Senarai programming language
-         - C
-         - C++
-         - Java
-         - Phyton
-        -  Hp

Ada banyak lagi sebenanrnya tapi atas ni antara yang ramai orang belajar .
Dan I belajar programming language C sem ni  … ramai junior sekolah yang dapat sambung dalam IT dan computer science PM I tanya programming susah ke ? sebab ramai cakap programming ni susah kan…

Semua pelajaran susah ye adik-adik tak kira la apa pun… tu realiti  cuma kalau korang tak fokus masa belajar programming ni memang korang susah nak buat .

Tapi kalau korang semua ikut step betul-betul dan faham apa yang tugasan minta .. programming tersangatla senang. InshaALLAH

Bagi I , step yang paling penting ialah step analysis dan algorithm design.


Algorithm design ada dua

-        - Pseudocode


-         -Flowchart


Nanti I terangkan kat post seterusnya.

Kalau korang dah master pseudocode dan flowchart memang senang nak  buat coding.  Sebab korang dah tahu flow dan apa yang perlu  korang buat.
Coding ni apa ?

 Coding ni programming code . contoh macam ni

#include <stdio.h>
void main ()
{
            float radius,height, pie= 3.142,volume ;
            printf ("enter radius (cm) : ");
            scanf("%f",&radius);
            printf("enter height (cm):");
            scanf ("%f",&height);
            volume = pie * radius * radius * height ;
            printf("volume of cylinder : %0.2f",volume);
           
           
}


Output :


Haa ni adalah coding untuk kira isipadu silinder guna programming language C.

Senang cerita kalau tak ada coding ni… computer tak akan faham apa yang kita suruh dia buat sebab computer tu tak ada la bijak mana hahaha.
Walaupun susah tapi untung kita belajar programming ni sebab dunia sekarang sedang menuju ke revolusi perindustrian 4.0 yang melibatkan IoT ( internet of thing) . semua nya pintar.. kereta pintar, telefon pintar , kerusi pintar dll.

Disebalik segala  yang pintar ini.. terdapat coding … jadi dengan belajar programming ni.. kita dapat bersaing pada masa akan datang. Jadi jangan takut bila orang kata programming  ni susah .

Kesusahan kita hari ni dapat bagi manfaat pada masa akan datang. Percayalah .

“ first, solve the problem. Then , write the code “ – John Johnson


Continue Reading...

Friday, 5 July 2019

celcom bill other usage/ harga bil celcom naik

 haiii....

hari ni nak cerita pasal celcom bill other charges


pernah tak bil tiba-tiba naik? harga lain dari bulan sebelumnya?

kadang-kadang ramai taknak ambil tahu and bayar jee

ada yang perasan tapi tak tahu nak buat macam mana kan?


so  semalam i dapat noti bill dah ready and guess what? bila i cek bil i RM62.00 perghhh menyirap.. fyi i subscribe postpaid XPAX50  sepatutya bil i dalam RM53+-  mcm tu je include gst.

i pun cek la bill n then baru perasan bawah sekali ada other charges n bila tgk tu adalah subscription untuk iflix.. aikkkk?? i tak pernah langsung subscribe iflix.




i terus DM celcom dekat twitter ... dalam 2 jam macam tu admin reply n dia suruh i cek sendiri dengan iflix..  i was like whatttt? tapi x pela i pun try email iflix di support@iflix.com  dalam email tu i terus bagi nama n no telefon so senang dia cek terus kan



dalam 3 jam pihak iflix reply ... dia terus  unsubscribe account i and bagi 3 bulan free vip access  heheheh 


then i dapat message confirmation ni 

  
haaaa nampak tak tu.. tak tau la i je x perasan or what kan huhuhu tapi alhamdulillah dah settle.


gitulahh cerita dia... kesimpulanyya always concern with your bill amount okayy.. takut ada hidden charge je anddd alwayyssss seek for helps. tak tahu google... tak puas hati tanya :D




Continue Reading...

Saturday, 29 June 2019

cara pergi sunway lagoon /sunway pyramid guna LRT .


helloooooooooooooooooooo.........

i kena pergi sunway haritu tapi tak ada transport huhuu so terpaksa guna kemudahan yang ada.. fyi i dari taman melati so i juat guna  LRT ,KTM and BRT . baca macam complicated kan.. tapi senang je sebenarnya..  i dah cuba dua cara pergi sunway lagoon/sunway pyramid guna LRT.


1- LRT Line Kelana Jaya - KL Sentral - KTM Pelabuhan Klang -Setia Jaya- BRT line -Sunway Lagoon


2- LRT Line Kelana Jaya - USJ 7 - BRT line - Sunway Lagoon


cara pertama :

1- LRT

naik LRT sampai KL Sentral

2- KTM

dari KL Sentral tu pergi KTM  ( keluar je terus nampak) then tunggu train ke PELABUHAN KLANG  di platform 3 x silap.. platform belah kanan  dan berhenti di stesen SETIA JAYA.

3- BRT  ( bas)

sampai je kat  stesen Setia Jaya tu naik tangga then pergi ke BRT stesen Sunway -Setia Jaya... nanti ada bas datang naik je mueheheheh . berhenti dekat sunway lagoon . SAMPAI!! yeayyy..



cerita dia bila balik tu i buat cara sama cuma sampai je bawah tu train ke KL Sentral sampai pukul 6 petang and time tu baru pukul 4 petang ye rakan2.. so i pun search la cara lain then rupanya....


i boleh je ambik BRT tu berhenti di USJ 7 which is the last station for BRT then ambik LRT Line Kelana Jaya then straight je sampai Taman Melati. kenapaa laa x jumpa cara ni awal-awal huhu .


 cara kedua :


1- LRT  Line Kelana Jaya

berhenti di stesen USJ 7

2- BRT

ambil bas BRT  dan berhenti di Sunway Lagoon ...

FYI bas BRT ni lalu atas jalan dia sendiri je ..tak lalu bawah pun.. impressed kejap hahaha.

senang bukan :')


Image result for brt sunway line

ni laluan untuk BRT Sunway .



Image result for brt fare


ni pulak harga untuk BRT ...


ok tu je nak ceritaaaa byebyebyebeybeyebyebeybeyeb
Continue Reading...

Tuesday, 25 December 2018

ronda-ronda Dekko Melawati Mall




hello semua !!! ehheheh

hari ni ada kesempatan pergi shopping kat Melawati Mall ( tak beli apa2 pun lalala)
masa tengah jalan-jalan nak pi GSC then nampak satu kedai ni.. maybe baru (?) buka sebab sebelum ni tak pernah perasan ( padahal selalu menonong je  jalan)  nama kedai ni Dekko .




Tengok nama dah tau kedai ni jual ape kan.... haaaa... kedai i jual barang2 deko rumah ala2 Kaison tu... harga pon reasonable la bagi iols...lukisan kat kedai ni memang cantik2... sesuai nk gantung dalam bilik or tepek kat dinding .



tengok ni rasa macam nak beli semua jer
harga dia kalau tak silap rm 9.90 satu


mainan lejen pon ada tau... sape tak penanh main dia noob  jkjkjkj

ada donkey,happy family ,old maid , belon tiup2 biru tu n main tikam2 yang ada nombor tu.. x sure nama dia huhu

( somoene belikan satu pleaseeeee)



ada satu corner yang jual jajan lejen ..sirius rasa nak beli semua hahhahaa


                             macam-macam lagi ada actually tapi tak sempat ambil gambar.... ada langsir , alas kaki , cawan lawa-lawa , hiasan rumah , dram , kerusi bagaii.. kalau ada masa teringin nak explore betul2 nanti.. tadi tak sempat sebab dah lewat nak tengok wayang kahkahah


alrite tu je hari ni..adios!!                       






Continue Reading...

About

Blogroll

About